Isnin, 8 Oktober 2018 | 2:50pm
AKSI Khabib Nurmagomedov dengan Conor McGregor dalam dalam kejohanan UFC . - Foto AFP
AKSI Khabib Nurmagomedov dengan Conor McGregor dalam dalam kejohanan UFC . - Foto AFP

Khabib mohon maaf, McGregor langgar batasan

LAS VEGAS: Khabib Nurmagomedov memohon maaf susulan kekecohan selepas perlawanan yang menyaksikannya mengekalkan rekod bersih di UFC 229 dengan menewaskan Conor McGregor, namun pada masa sama dia mendakwa lawannya itu dan pasukannya sudah beberapa kali melanggar batasan dengan menyentuh hal peribadi.

Dalam sidang media selepas berakhirnya perlawanan, Khabib memohon maaf kepada Suruhanjaya Olahraga Nevada dan Las Vegas dengan berkata: "Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kepada suruhanjaya sukan ini dan Las Vegas. Ini bukan diri saya yang terbaik, saya hanya manusia biasa.

"Dia (McGregor) bercakap mengenai agama, negara dan ayah saya. Ayah saya mengajar saya untuk menghormati orang lain. Tapi Conor hampir membunuh dua orang di dalam bas (insiden sebelum ini)."

McGregor sebelum ini melabelkan pengurus Khabib, Ali Abdelaziz sebagai 'pengganas' dan 'tikus', serta memperkecilkan tindakan Khabib dan orang Islam yang tidak minum arak. 

Juara lightweight itu memohon supaya dia dihormati tetapi berkata ayahnya pasti akan memarahinya berikutan tindakan dilakukannya selepas perlawanan itu.

"Sukan ini adalah sukan yang dihormati. Bukannya sukan sampah. Saya tak mahu bercakap 'buruk' mengenai lawan, ayah saya, agama atau negara, itu yang paling penting. (Vladimir) Putin (Presiden Russia) baru menelefon saya dengan berkata beliau sangat bangga dengan saya dan kejayaan saya. Tapi ayah pasti akan marah apabila saya balik ke rumah kerana apa yang saya lakukan selepas perlawanan."

Mengenai perlawanan itu, Khabib berkata: "Saya tidak pernah tewas, tidak boleh dipertikaikan lagi juara lightweight UFC."

KHABIB Nurmagomedov mengekalkan rekod bersih di UFC 229 dengan menewaskan Conor McGregor. - Foto AFP
KHABIB Nurmagomedov mengekalkan rekod bersih di UFC 229 dengan menewaskan Conor McGregor. - Foto AFP

MCGREGOR sebelum ini melabelkan pengurus Khabib, Ali Abdelaziz sebagai 'pengganas' dan 'tikus'. - Foto AFP
MCGREGOR sebelum ini melabelkan pengurus Khabib, Ali Abdelaziz sebagai 'pengganas' dan 'tikus'. - Foto AFP

Presiden UFC, Dana White sebelum ini berkata penyerang McGregor selepas perlawanan itu sudah dibebaskan berikutan McGregor enggan membuat dakwaan.

Mengenai hukuman yang bakal dikenakan terhadap Khabib yang menang dengan 27-0, beliau berkata: "Saya tidak 100 peratus pasti yang gelaran Khabib tidak akan ditarik." - Agensi

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X