Isnin, 27 Ogos 2018 | 8:16pm
Pemain boling negara Rafiq Ismail beraksi dalam acara Master Lelaki pada Sukan Asia 2018 di Pusat Boling Jakabaring hari ini. Rafiq mara ke final menentang Korea Selatan bagi merebut pingat emas. - Foto BERNAMA
Pemain boling negara Rafiq Ismail beraksi dalam acara Master Lelaki pada Sukan Asia 2018 di Pusat Boling Jakabaring hari ini. Rafiq mara ke final menentang Korea Selatan bagi merebut pingat emas. - Foto BERNAMA

Rafiq sumbang emas ketiga negara

 

KUALA LUMPUR: Rafiq Ismail mengesahkan status selaku pemain boling nombor satu Asia selepas memenangi pingat emas acara Masters lelaki, hari ini.

 Atlet berusia 20 tahun itu terpaksa bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan pemenang emas edisi 2014,  Park Joo Woo dari Korea Selatan  245-266, 289-245 dalam final stepladder di Pusat Boling JSC di Palembang.

 Gangsa milik seorang lagi peserta Korea, Koo Seong Hoi.

 Terdahulu, Rafiq menduduki ranking paling atas daripada senarai 16 pemain untuk layak ke final stepladder apabila dia menamatkan saingan 16 permainan dengan 4,005 jatuhan pin.

 Emas yang dimenanginya adalah yang kedua untuk skuad boling negara selepas gandingan Syaidatul Afifah Badrul Hamidi, Esther Cheah dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman meraih emas  pertama negara.

 Skuad boling negara juga sudah memenangi dua perak menerusi trio lelaki dan berpasukan wanita minggu lalu.

Berita Harian X