Ahad, 19 Ogos 2018 | 12:14pm
YEAP Wai Kin
YEAP Wai Kin

Wushu gagal sumbang pingat pertama

JAKARTA: Harapan untuk menyaksikan kilauan pingat pertama kontinjen negara di Sukan Asia menerusi acara wushu tidak kesampaian apabila dua taruhan Malaysia kecundang.

Dalam acara changquan sebentar tadi, Yeap Wai Kin dan Wong Weng Son sekadar menamatkan saingan di tempat kelapan dan sembilan.

"Saya memang berusaha keras untuk mendapatkan pingat namun gagal. Ia satu pengajaran dan pengalaman buat saya.

"Mungkin tadi juri berpandangan ada gerakan yang meragukan bagi membolehkan mereka menolak mata," jelas juara dunia acara jianshu, Weng Son.

WONG Weng Son
WONG Weng Son

Dia akur dan tidak mempunyai masalah apabila hanya diberikan 9.59 mata manakala Wai Kin 9.63 mata.

"Saya tidak kesal kerana sudah memberikan yang termampu dan memberi fokus sejak awal tahun ini," tambahnya.

Emas diraih atlet China, Sun Pei Yuan dengan 9.75 mata disusuli wakil tuan rumah, Edger Xavier Marvelo (9.72) dan Tse Min Tsai dari Taiwan (9.70).

Berita Harian X