Khamis, 16 Ogos 2018 | 3:23pm
KETUA Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi (kiri) bersama Isyamuddin (kanan) dan Kamal pada majlis penyerahan tajaan untuk kontinjen Sukan Asia.
KETUA Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi (kiri) bersama Isyamuddin (kanan) dan Kamal pada majlis penyerahan tajaan untuk kontinjen Sukan Asia.

Sokongan berterusan 100PLUS

KUALA LUMPUR: Produk minuman isotonik nombor satu negara, 100PLUS kini memperkenalkan produk bukan berasaskan karbonat 100PLUS Active sachet yang boleh dinikmati atlet kebangsaan sepanjang berada di luar negara termasuklah di Sukan Asia Indonesia.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail menerima sachet berkenaan daripada Pengurus Penajaan dan Pengaktifan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Engku Isyamuddin Tuan Losin.

 Pada awal minggu ini, 100PLUS turut menyediakan 100PLUS Active sachet kepada Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM).

 Setiap paket sachet ini mengandungi serbuk 100PLUS Active seberat 15 gram, memudahkan atlet negara untuk dibawa ke mana saja ketika mengembara.

 "Sebagai penaja kepada Majlis Sukan Negara, kami menyediakan 100PLUS kepada atlet atlet. Kini dengan adanya 100PLUS dalam bentuk sachet, kami memutuskan untuk menawarkan kepada atlet untuk digunakan ketika mengembara.

 "Kami mahu memastikan atlet negara mampu meneruskan apa sahaja yang perlu dilakukan ketika di luar negara. Adalah penting untuk atlet negara kekal tenang dan fokus serta tahu apa yang mereka ambil," kata Engku Isyamuddin.

Hadir sama pada majlis itu Konsultan F&N Datuk Kamal Harun.

Berita Harian X