Ahad, 8 April 2018 | 2:28pm
RICKIE Fowler ketika lakukan pukulan di lubang ke-15 pusingan ketiga di Augusta National. - Foto AFP

Fowler kembali buru peluang di Masters

AUGUSTA, Amerika Syarikat: Rickie Fowler, yang menempuh detik dia hampir memenangi kejuaraan major, namun rakannya yang muncul juara hadiah terbesar dalam golf, sekali lagi diberikan peluang pada Kejuaraan Masters.

Pemain Amerika Syarikat itu masih mencari kejuaraan major pertama, melakukan permainan kali pertama tanpa bogey di Augusta National, catatan karier di Masters terendah, 7 bawah par 65, untuk kedudukan ketiga dengan 9 bawah par 207 selepas 54 lubang.

"Ia sudah tentu pusingan yang istimewa," kata Fowler.

"Kami melakukan apa yang diperlukan dan esok adalah peluang terbaik untuk melakukan sesuatu yang bagus," katanya.

Pemain berusia 29 tahun ini berkedudukan ketiga selepas tiga pusingan tahun lalu, mengetuai Masters buat pertama kali selepas 36 lubang untuk melakukan 71 pukulan. 

Fowler kemudian menamatkan saingan dengan 76 pukulan dan berkongsi kedudukan ke-11.

"Tahun lalu saya terlalu bertahan dan kadangkala terlalu agresif dan anda belajar daripadanya dan terus bermain."

Fowler memiliki catatan tujuh kali di kedudukan lima terbaik major tanpa sebarang kemenangan. 

Pada 2014, dia menjadi pemain pertama menamatkan kedudukan di lima terbaik semua empat kejuaraan major tanpa sebarang kemenangan.

Kedudukan terbaiknya ialah naib juara Terbuka Amerika Syarikat dan Terbuka British. - AFP

Berita Harian X