Jumaat, 6 April 2018 | 8:38pm
KETUA Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail (tengah) bersama Engku Isyamuddin Tuan Losin, Pengurus Penajaan dan Pengaktifan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd (kanan) dan Perunding F&N, Datuk Kamal Harun.
KETUA Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail (tengah) bersama Engku Isyamuddin Tuan Losin, Pengurus Penajaan dan Pengaktifan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd (kanan) dan Perunding F&N, Datuk Kamal Harun.

Kontinjen negara dibekalkan 100PLUS sacet

KUALA LUMPUR: Atlet kebangsaan akan dibekalkan dengan pek sacet 100PLUS, minuman isotonik nombor satu di Malaysia ketika bertanding di luar negara sama ada di Gold Coast, Jakarta atau di mana saja.

Ia menjadi kenyataan apabila 100PLUS memperkenalkan minuman bukan berkarbonat popular 100PLUS Active, kali ini dalam bentuk sacet.

Sacet 100PLUS Active itu disediakan dalam bentuk serbuk seberat 15 gram untuk memudahkan atlet negara membawa bersama minuman kegemaran mereka itu setiap kali berada di luar negara.

"100PLUS adalah penaja rasmi Majlis Sukan Negara dan kami sedia maklum atlet kebangsaan sentiasa memastikan tubuh badan berada dalam keadaan hidrasi menerusi minuman 100PLUS.

"Kami mahu memastikan atlet negara masih boleh menikmati minuman kesukaan mereka apabila berada di luar negara, sama ada untuk latihan atau pertandingan.

"Ini penting untuk membolehkan atlet sentiasa sedar dan fokus serta tahu apa sebenarnya yang mereka minum," kata Pengurus Penajaan dan Pengaktifan F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, Engku Isyamuddin Tuan Losin.

Engku Isyamuddin menyerahkan pek pertama sacet 100PLUS Active kepada Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail pada satu majlis ringkas di sini, semalam. Turut hadir Perunding F&N, Datuk Kamal Harun.

Pek itu akan diserahkan kepada atlet yang bertanding di Sukan Komanwel Gold Coast 2018 dan temasya sukan lain selepas ini.

Selain atlet, orang ramai dan pengguna juga berpeluang menikmati minuman 100PLUS Active dalam bentuk sacet itu yang boleh didapati dengan membeli secara atas talian di Shopee dan 11th Street.

Pek sacet itu juga boleh dibeli di semua rangkaian kedai Watsons di seluruh negara dan farmasi terpilih. Pek itu dikeluarkan dalam bungkusan kotak yang mengandungi lima sacet dengan harga RM8.

Berita Harian X