Rabu, 7 March 2018 | 7:33pm
PRESIDEN MNCF, Datuk Abu Samah sedia anjur Piala Dunia. - FOTO FAIL
PRESIDEN MNCF, Datuk Abu Samah sedia anjur Piala Dunia. - FOTO FAIL

PKBM mohon anjur Piala Dunia

KUALA LUMPUR: Hanya tinggal empat kekosongan yang belum dimuktamadkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) bagi penganjuran siri Piala Dunia musim 2019/2020.

Mengesahkan perkembangan berkenaan, Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab berkata setakat ini dua negara sudah terpilih menjadi penganjur.

   

"Saya dimaklumkan oleh Naib Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh yang juga Ahli Suruhanjaya Trek UCI, enam negara (tidak termasuk Malaysia) menghantar permohonan dengan dua sudah menandatangani perjanjian penganjuran," katanya di sini, hari ini.

   

Abu Samah berkata surat permohonan Malaysia sudah dihantar kepada UCI pada minggu lalu susulan kejayaan penganjuran Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) di Velodrom Nasional, Nilai.

   

"Penganjuran ACC mendapat pujian Presiden UCI, David Lappartient dan beliau mengalu-alukan hasrat kita dengan sokongan  kerajaan untuk menganjurkan siri Piala Dunia," katanya.

 

Ditanya mengenai aspek yang perlu diperbaiki sekiranya terpilih menganjurkan siri Piala Dunia, Abu Samah berkata sistem catatan masa di Velodrom Nasional perlu diperbaiki kerana kejohanan wajib disiarkan secara langsung.

Berita Harian X