Rabu, 7 Februari 2018 | 8:37pm
PRESIDEN Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abdul Wahab (kanan) bersalam dengan wakil penaja dari kiri, Pengarah Eksekutif Gloria Jean's Coffees, Muhammad Hakim Abdul Halim, wakil Toyota, Noraidiazhar Sulaiman dan Pengurus Pemasaran Sports Wear, W. Norhaidi M. Safian selepas penyerahan penajaan Kejohanan Lumba Basikal Asia 2018 (ACC 2018) yang bakal memulakan cabaran di Velodrom Nasional Nilai, Negeri Sembilan bermula 14 hingga 24 februari 2018 di Hotel Nouvelle. Turut hadir dari kanan, Exco MNCF, Datuk Ashakari Abu Noor (kiri) dan Pengarah Pengurusan Sukan MSN, Suhardi Alias (dua kanan). - Foto Owee Ah Chun

Abu Samah saran ACC disertai pelumba Australia dan New Zealand

KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab akan mengemukakan saranan bagi memberi 'lampu hijau' kepada penyertaan pelumba Australia dan New Zealand di Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC).

Jelasnya, ia adalah bagi membolehkan saingan ACC ditingkatkan ke satu pertandingan yang sangat berkualiti.

"Seperti yang kita tahu, pelumba trek Australia dan New Zealand sering meraih pingat di Sukan Komanwel dan Olimpik.

"Jadi saya berazam untuk meyakinkan Presiden Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), David Lappartient agar merealisasikan saranan peribadi saya ini. Beliau dijadualkan hadir menyaksikan kejohanan ini nanti," jelasnya.

Pelumba trek Australia dan New Zealand sememangnya antara kuasa besar dunia dan digeruni lawan Eropah apabila sering meraih kejayaan pada kejohanan utama anjuran UCI.

Malah, skuad trek negara kendalian John Beasley juga berpangkalan di Melbourne sejak 2006.

Malaysia akan menganjurkan edisi ke -38 ACC di Velodrom Nasional, minggu depan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perlumbaan Tour of Malaysia (TOM) yang ditangguhkan tahun lalu, Abu Samah mengaku beliau masih kabur dengan tindakan penganjur.

"Sejak mengumumkan untuk tangguh, mereka masih belum memberikan maklumat terperinci seperti tarikh tetap untuk perlumbaan baru. Malah, tiada tindakan susulan untuk berbincang dengan PKBM," jelasnya.

Berita Harian X