Sabtu, 2 Disember 2017 | 10:25am
PARA peserta dilepaskan pada acara berbasikal Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2017 pusingan akhir di Bandar Sungai Buaya, Selangor. - Foto Asyraf Hamzah

1,000 meriahkan HMMTBGP

RAWANG: Perlumbaan pusingan akhir Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2017 (HMMTBGP) bermula tepat jam 8 pagi tadi dengan pelepasan lebih 1,000 peserta di garisan permulaan di depan Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya (SKBSB), Hulu Selangor.

Pelepasan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan bersama Ketua Pegawai Komersil, The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Alfian Abu Talib, Ketua Pegawai Eksekutif, Affin Islamic Bank Berhad,Nazlee Khalifah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad, Ferdaus Toh Abdullah, Editor Eksekutif Berita dan Hal Ehwal Semasa (NSTP), Tuan Mohamad Asri Tuan Hussein dan Guru Besar SKBSB, Suzanah Mohd Amin.

Hadir sama, Pengurus Besar Pemasaran NSTP, Farah Ezrin Mohd Rashidi, Pengurus Komunikasi Korporat Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Siti Aniza Abdul Rahman, Pengurus Besar Jualan dan Operasi Deuter, Ahmad Termizi Mahmud dan Pengurus Besar Daytona Wealth Sdn Bhd, Mohd Jazri Ikmal Hijaz.

PARA peserta dilepaskan pada acara berbasikal Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2017 pusingan akhir di Bandar Sungai Buaya, Selangor. - Foto Asyraf Hamzah

Kayuhan sepanjang 36 kilometer itu pastinya menjanjikan saingan sengit dalam kalangan peserta yang dijangka mengakhiri perlumbaan antara dua hingga empat jam bergantung kepada tahap ketahanan dan kemahiran masing-masing.

Tuan Mohamad Asri berkata, pelbagai rintangan off-road termasuk laluan berbukit, cerun curam, batu-batuan dan laluan sempit ditempuh peserta.

"Lokasi acara HMMTBGP pusingan akhir ini diadakan di sini atas permintaan ramai dan saya berharap agar aktiviti MTB ini dapat diteruskan pada tahun akan datang," katanya.

"Ini adalah usaha yang baik dalam mengeratkan lagi hubungan antara komuniti dengan akhbar HM serta merangsang semangat perpaduan antara peserta."

Beliau berkata, pusingan akhir HMMTBGP 2017 mendapat kerjasama daripada Affin Bank Grouo sebagai penaja utama selain beberapa penaja lain termasuk Honda Malaysia Sdn Bhd, Polygon, Deuter, Demak,Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, Julie's Biscuits, Mamee Double-Decker, Isuzu Malaysia dan Daytona Wealth.

Berita Harian X