Jumaat, 8 September 2017 | 12:58pm
HASIM dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 16 pada majlis pengumuman Putrajaya sebagai lokasi penganjuran Piala Dunia Sukan Touch Remaja 2018. Turut kelihatan O'Connor (lima dari kanan). - Foto Nursyahirah Marzuki

Piala Dunia Sukan Touch Remaja di Putrajaya

PUTRAJAYA: Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini menjadi tumpuan dunia apabila dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Sukan Touch Remaja pada Ogos 2018, iaitu ragbi sentuh.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Seri Hasim Ismail, berkata kejohanan yang dipertandingkan untuk remaja berusia antara 18 dan 20 tahun itu akan diadakan bermula 8 hingga 11 Ogos tahun depan.

"Putrajaya diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah kepada penganjuran bertaraf dunia ini selepas kali terakhir kejohanan ini diadakan di New Zealand (2001) dan Australia (2005).

"Selain itu, kita juga turut terpilih sebagai tuan rumah temasya Piala Dunia Touch bagi kategori Terbuka dan Senior yang dijadulkan berlangsung pada April 2019," katanya di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Federation of International Touch Malaysia, Bryan O'Connor.

Hasim berkata, kedua-dua acara sukan itu akan membawa ribuan pelancong ke Malaysia, sekali gus mampu menyumbang kepada ekonomi negara.

"PPj juga mengenal pasti sukan 'touch' ini sebagai sukan masa depan Malaysia dan berharap kejohanan ini dapat memberi pendedahan kepada semua pihak sebagai sukan untuk semua," katanya.

Berita Harian X