Isnin, 28 Ogos 2017 | 8:26pm
PEMAIN Brunei, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda, Abdul Mateen Bolkiah (tiga dari kiri) diasak pemain Singapura pada acara polo Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 di Ekuestrian Putrajaya, hari ini. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

KL2017: Brunei raih gangsa polo

PUTRAJAYA: Brunei mengalahkan Singapura 10-8 dalam perlawanan penentuan pingat gangsa acara polo di Taman Ekuestrian Putrajaya di sini, hari ini.

Brunei yang sebelum ini kalah dua kali kepada Singapura, mencatatkan mata 3-3 pada cukka pertama sebelum menjarakkan jurang dengan dua mata pada cukka kedua.

Ketua pasukan Brunei, Pengiran Muda Bahar Jefri, pemain memiliki handicap 2, menjadi wira pasukan itu dengan menyumbangkan lapan daripada 10 mata diperoleh Brunei manakala rakan sepasukan Huzaimi Mahari menjaringkan dua mata.


PEMAIN Brunei, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda, Abdul Mateen Bolkiah (kiri) diasak pemain Singapura pada acara polo Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 di Ekuestrian Putrajaya, hari ini. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Pengiran Muda Bahar ketika ditemui pemberita selepas perlawanan itu berkata prestasi pasukannya mencatatkan peningkatan ketara dan turut bermain lebih baik dalam perlawanan hari ini.

"Kami pernah bertemu Singapura sebelum ini dan saya percaya setiap daripada kami berusaha melakukan yang terbaik hari ini, sebab itu kami mampu menang ke atas mereka.

"Kami pertama kali mengambil bahagian dalam Sukan SEA dan kami menang gangsa," katanya.

Malaysia akan bertemu Thailand esok untuk pingat emas. - BERNAMA


PEMAIN Brunei, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Azemah Ni"Matul Bolkiah (kiri) dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda, Abdul Mateen Bolkiah pada acara polo Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 melawan Singapura di Ekuestrian Putrajaya, hari ini. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Berita Harian X