Selasa, 22 Ogos 2017 | 10:48am
DIANA Bong ketika beraksi dalam acara wushu di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.- Foto BERNAMA

Diana terlepas gangsa nandao-nangun

KUALA LUMPUR: Kontinjen Malaysia terlepas pingat gangsa dalam acara nandao-nangun wanita sukan wushu hanya dengan perbezaan 0.01 mata pada saingan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, sebentar tadi.

Ratu wushu negara, Diana Bong sekadar berupaya menghimpun sebanyak 18.76 mata untuk menamatkan saingan di tangga keempat ketika atlet Vietnam, Nguyen Thuc Anhc meraih gangsa dengan pungutan 18.77 mata.

Pingat emas menjadi milik atlet Indonesia, Wasni Juwita Niza yang menghimpunkan 19.29 mata untuk mengatasi Nguyen Thuy Linh yang mencatat 19.25 mata untuk pingat perak.

Seorang lagi wakil negara, Tai Cheau Xuen menduduki tangga kelima dengan 18.67 mata.

Berita Harian X