Isnin, 21 Ogos 2017 | 11:50pm
Pengarang Eksekutif Berita, Rencana dan Digital BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (kiri) berbual atlet bola jaring negara, An Najwa Azizan (tengah) dan Fariha Abd Razak ketika melawat Balai Berita Bangsar. - Foto Supian Ahmad

KETUA Projek Perintis Integrasi Bilik Berita NSTP sempena Sukan SEA, Datuk Badrulhisham Othman (tengah) dan Pengarang Eksekutif Berita, Rencana dan Digital BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (tiga dari kanan) dan kakitangan bergambar bersama atlet bola jaring negara, An Najwa Azizan (tengah) dan Fariha Abd Razak (empat dari kanan) di 'Newsroom Integration Pilot SEA Games 2017' ketika melawat Balai Berita, sebentar tadi. - Foto Supian Ahmad

An Najwa tak lena tidur

KUALA LUMPUR: Selepas menyinar dengan membantu skuad bola jaring menamatkan kemarau 16 tahun dengan memenangi pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) semalam, An Najwa Azizan enggan sumbangannya kepada negara tercinta terhenti setakat itu.

Sebaliknya, gadis berusia 20 tahun yang mencuri tumpuan rakyat Malaysia dek kerana memiliki 'pakej lengkap' ketika beraksi sepanjang temasya dwitahunan ini, berharap dapat membantu skuad negara layak beraksi dalam Piala Dunia 2019.

"Sudah pasti kami mahu teruskan aksi di peringkat tertinggi. Selepas ini kami akan menyertai Kejohanan Asia, April tahun depan.

"Jika berjaya menduduki dua tempat teratas, kami akan layak ke Piala Dunia 2019. Kalau boleh saya dan rakan sepasukan mahu merasai suasana pertandingan Piala Dunia," kata An Najwa.

An Najwa hadir bersama rakan sepasukan, Fariha Abd Razak ke Balai Berita untuk program FB Live dan Kapsul BHTV sempena kejayaan pasukan bola jaring memenangi emas dengan menewaskan juara bertahan, Singapura 65-41.

"Selepas tamat saingan di Sukan SEA, kami diberikan rehat tiga hari. Kejayaan meraih emas begitu mengujakan sehingga kami sukar tidur," kata atlet kelahiran Ampang, Kuala Lumpur itu.

KETUA Projek Perintis Integrasi Bilik Berita NSTP sempena Sukan SEA, Datuk Badrulhisham Othman (dua dari kanan) dan Pengarang Eksekutif Berita, Rencana dan Digital BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (tengah) menerangkan tentang 'Newsroom Integration Pilot SEA Games 2017' kepada atlet bola jaring negara, An Najwa Azizan (dua,kiri) dan Fariha Abd Razak (kiri) ketika melawat Balai Berita. - Foto Supian Ahmad

Berita Harian X