Isnin, 21 Ogos 2017 | 10:15am
ATLET wushu negara, Phoon Eyin meraih pingat perak bagi acara qiangshu wanita di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). - Foto Khairull Azry Bidin
ATLET wushu negara, Phoon Eyin ketika beraksi dalam acara qiangshu wanita pada Sukan SEA KL2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur  (KLCC). - Foto Zulfadhli Zulkifli
AKSI Phoon Eyin dalam acara qiangshu wanita pada KL2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). - Foto Zulfadhli Zulkifli
AKSI Phoon Eyin dalam acara qiangshu wanita pada KL2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). - Foto Zulfadhli Zulkifli

Phoon Eyin raih perak qiangshu wanita

KUALA LUMPUR: Atlet wushu negara, Phoon Eyin terpaksa berpuas hati dengan pingat perak bagi acara qiangshu wanita sukan wushu temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Selepas meraih perak bagi acara jianshu semalam, atlet berusia 21 tahun itu sekali lagi dikecewakan oleh wakil Vietnam, Duong Thuy Vi dalam saingan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), sebentar tadi.

Thuy Vi berjaya mengumpul 9.67 mata untuk merangkul pingat emas, hanya kelebihan 0.01 mata di hadapan Phoon Eyin untuk pingat perak keduanya pada temasya kali ini.

Keputusan ini bagaimanapun menyaksikan Eyin memperbaiki pencapaian di Singapura, apabila meraih pingat gangsa.

Penyandang juara, Oo Sandy sekadar meraih gangsa pada temasya ini selepas mencatat 9.65 mata.

Berita Harian X