Ahad, 20 Ogos 2017 | 10:29am
PHOON Eyin hadiah pingat perak untuk negara menerusi acara jianshu, pagi tadi. - Foto Khairull Azry Bidin
PHOON Eyin hadiah pingat perak untuk negara menerusi acara jianshu, pagi tadi. - Foto Khairull Azry Bidin

Phoon Eyin menang perak acara jianshu

KUALA LUMPUR: Phoon Eyin menghadiahkan negara pingat perak menerusi acara jianshu wanita sukan wushu pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, sebentar tadi.

Eyin meraih sebanyak 9.63 mata untuk berpuas hati di tempat kedua di belakang penyandang juara dari Vietnam, Duong Thuy Vi. Dua tahun lalu di Singapura, dia turut memenangi pingat perak.

Atlet negara itu hanya ketinggalan 0.04 mata di belakang Thuy Vi yang mencatatkan 9.67 mata.

Gangsa menjadi atlet wushu Singapura, Fung Hui Xin yang mencatat 9.60 mata.

Berita Harian X