KUALA LUMPUR: Malaysia merangkul pingat emas dan perak bagi acara jianshu lelaki sukan wushu pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, sebentar tadi.
Ini selepas Yeap Wai Kin menewaskan rakan senegara yang juga juara dunia, Wong Wen Son pada aksi final dengan mencatatkan 9.67 mata berbanding 9.65 mata diperoleh oleh lawannya itu.
Gangsa dimenangi oleh Fung Jin Jie daripada Singapura.