Sabtu, 19 Ogos 2017 | 2:32pm
PEMAIN Malaysia, Shandralelka Shanmugam cuba melepasi halangan pemain Brunei, Norafiqah Samat (kiri) pada aksi separuh akhir bola jaring Sukan SEA 2017 di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Syarafiq Abd Samad

PEMAIN Malaysia, An Najwa (tengah) beraksi pada perlawanan separuh akhir bola jaring Sukan SEA 2017 menentang Brunei di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Syarafiq Abd Samad
PEMAIN Malaysia, An Najwa (tengah) beraksi pada perlawanan separuh akhir bola jaring Sukan SEA 2017 menentang Brunei di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Syarafiq Abd Samad

Malaysia jumpa Singapura final bola jaring

KUALA LUMPUR: Hanya tinggal selangkah lagi buat skuad bola jaring merealisasikan impian emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) apabila melakarkan kemenangan mudah 70-28 ke atas Brunei sekali gus menempah tiket ke perlawanan akhir.

Malaysia akan bertemu musuh tradisi Singapura pada perlawanan akhir selepas menundukkan Thailand 55-43 dalam satu lagi aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Juara Bukit Kiara, semalam.

Pertemuan dua musuh ketat di pentas akhir itu bagaikan ulangan dan ia adalah peluang terbaik buat negara membalas dendam dan kembali merampas emas yang 'dipinjamkan' kepada Singapura apabila tewas tipis 43-46 dua tahun lalu.

Bagi pemain negara Puah Pei San kemenangan mengatasi Brunei menjadi motivasi terbaik mereka untuk misi membalas dendam kekalahan negara kepada Singapura.

"Ini adalah peluang terbaik saya untuk membantu negara meraih emas selepas dua tahun lalu tidak disenaraikan dalam pasukan.

PEMAIN Malaysia, An Najwa Azizan (kanan) diasak pemain Brunei, Norafiqah Samat pada aksi separuh akhir bola jaring Sukan SEA 2017 di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Syarafiq Abd Samad

"Semua pemain akan memberikan yang terbaik kerana hanya emas yang menjadi impian semua pemain dan ia adalah hadiah untuk negara," katanya yang menjadi jurulatih kepada atlet junior negara di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Mengulas mengenai strategi yang akan dipraktikkan apabila turun berdepan Singapura itu, Peh San yang beraksi di posisi WA (wing attack) itu berkata, dia serahkan kepada jurulatih untuk membuat percaturan.

Sementara itu, Malaysia yang melakarkan kemenangan 64-27 ke atas Brunei pada aksi kelayakan sebelum ini mudah menjinakkan barisan lawan yang gagal mengekang serangan negara .

Nyata ketinggian yang dimiliki pemain negara bimbingan Tracey Robinson memberi kelebihan untuk Malaysia mudah mendahului suku pertama 25-4 dan terus melebarkan kedudukan 39-12 pada suku kedua dan 53-21, 70-28 masing-masing untuk suku ketiga dan terakhir.

Kali terakhir Malaysia meraih emas pada temasya dwi tahunan itu adalah pada 2001 ketika negara menjadi tuan rumah.

PEMAIN Malaysia, An Najwa Azizan (kanan) diasak pemain Brunei, Norafiqah Samat pada aksi separuh akhir bola jaring Sukan SEA 2017 di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Syarafiq Abd Samad
PEMAIN Malaysia, An Najwa Azizan (kanan) diasak pemain Brunei, Norafiqah Samat pada aksi separuh akhir bola jaring Sukan SEA 2017 di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Syarafiq Abd Samad

Berita Harian X