Isnin, 14 Ogos 2017 | 9:30pm
PEMAIN Malaysia, Nurfariha Abd razak (dua dari kanan) cuba menghalang pemain Thailand, Kamwan pada perlawanan pusingan kelayakan Bola Jaring Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Juara, Bukit Kiara.- Foto Osman Adnan

Thailand akui Malaysia mantap, kuat

KUALA LUMPUR: Kurang pendedahan dalam perlawanan kompetitif punca kekalahan skuad bola jaring Thailand pada perlawanan pertama, kata jurulatihnya, Chng Li Li.

"Kelemahan kami ialah kami memerlukan lebih banyak pendedahan dalam perlawanan, bukan hanya itu tetapi lawan yang lebih berpengalaman dan kompetitif diperlukan untuk mara ke peringkat lebih tinggi," kata Li Li yang menyaksikan pasukannya tewas tewas 73-30 di tangan tuan rumah, Malaysia pada perlawanan pembukaan Sukan SEA di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.

"Pasukan Malaysia cukup mantap, sangat kuat dan tajam, manakala Thailand pula, kami perlu belajar bagaimana untuk bermain menentang pasukan lebih kuat dan apabila berdepan cabaran sebegitu. Kamu perlu memastikan mampu mengharunginya."

PEMAIN Malaysia meraikan kemenangan menewaskan Thailand pada aksi pusingan kelayakan Bola Jaring Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Juara, Bukit Kiara.- Foto Osman Adnan
PEMAIN Malaysia meraikan kemenangan menewaskan Thailand pada aksi pusingan kelayakan Bola Jaring Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Juara, Bukit Kiara.- Foto Osman Adnan

Thailand yang berkongsi pingat gangsa dengan Brunei pada Sukan SEA 2015 di Singapura itu mengharapkan untuk mengekalkan pencapaian berkenaan.

"Kami masih mengharapkan dapat mengekalkan pingat berkenaan tetapi menentang dua gergasi, Malaysia dan Singapura, kami mensasarkan untuk merapatkan jurang mata dan semakin baik dari perlawanan ke perlawanan," katanya.

Thailand akan bertemu Filipina pada jam 3 petang esok.

Berita Harian X