Selasa, 1 Ogos 2017 | 5:41pm
PEGAWAI Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Milo, Nestle Malaysia, Philomena Tan (enam dari kanan) bersama atlet pada Larian Obor Kuala Lumpur 2017 bersama Milo, hari ini. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
PEGAWAI Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Milo, Nestle Malaysia, Philomena Tan (enam dari kanan) bersama atlet pada Larian Obor Kuala Lumpur 2017 bersama Milo, hari ini. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

KL2017: 'Abang Milo' meriahkan larian obor

PETALING JAYA: Minuman rasmi malt coklat bagi Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (KL2017), Milo meneruskan sokongan dan deklarasi komitmen sukan dengan menyertai Larian Obor KL2017 di Nestle (Malaysia) Berhad, Mutiara Damnsara, di sini, hari ini.

Larian Obor KL2017 yang berlangsung di seluruh negara sejak Mei lalu meneruskan kesinambungan pada siri keempat di Selangor bersama Milo hari ini dengan larian sejauh 500 meter.

"Api obor yang membara adalah simbol semangat kami terhadap sukan.

"Kami mengajak seluruh negara untuk menunjukkan semangat perpaduan yang diwakili pelari yang membawa obor," kata Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Milo, Nestle Malaysia, Philomena Tan selepas Larian Obor Kuala Lumpur 2017 bersama Milo, hari ini.

Pembawa obor yang terbabit dalam larian tadi ialah Operator Promosi Luar, Mohd Nasir Abd Kadir yang telah berkhidmat sebagai 'Abang Milo' dalam menyediakan minuman di trak Milo selama 35 tahun.

Obor itu kemudiannya diserahkan kepada kakitangan Bahagian Pengeluaran Produk Kilang Milo Nestle Malaysia, Ismail Mohd Dali dan Norhisham Mat Salleh yang masing-masing sudah berkhidmat selama 40 dan 24 tahun.

Larian diteruskan Pengurus Pemasaran Sukan Ng Ping Loong; Ketua Kontinjen Malaysia di Sukan SEA 2017, Datuk Marina Chin; pemain hoki kebangsaan, Joel Van Huizen; tunas harapan puteri Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM), Yasshmita Jadish Kumar; tunas harapan putera MSSM, Joachim Chuah sebelum diakhiri Philomena yang mengetuai larian ke dalam bangunan Nestle Malaysia di Surian Tower.

Selari dengan kempen Milo #BersatuKitaTeguh yang dilancarkan sebelum ini, larian ini juga adalah satu pengiktirafan terhadap sumbangan Milo dalam memperjuangkan perkembangan sukan selama lebih 60 tahun melalui kerjasama MSSM.

Berita Harian X