Ahad, 30 Julai 2017 | 12:03am
SHALIN beraksi pada Kejohanan Kebangsaan Ke-30 di Sunway Megalanes, Sunway Pyramid. - Foto Owee Ah Chun
SHALIN beraksi pada Kejohanan Kebangsaan Ke-30 di Sunway Megalanes, Sunway Pyramid. - Foto Owee Ah Chun
ATLET boling negara, Shalin (kiri) dan Sin Ji Jane memperagakan pingat perak beregu wanita di Gimnasium Anyang Hogye, Incheon. - Foto Rosli Rahmat
ATLET boling negara, Shalin (kiri) dan Sin Ji Jane memperagakan pingat perak beregu wanita di Gimnasium Anyang Hogye, Incheon. - Foto Rosli Rahmat
SHALIN menjadi rakyat Malaysia pertama menjuarai Kejohanan Wanita Kent Malaysian All-Stars pada 1994. - Foto Goh Thean Howe
SHALIN menjadi rakyat Malaysia pertama menjuarai Kejohanan Wanita Kent Malaysian All-Stars pada 1994. - Foto Goh Thean Howe

Shalin 'hidup' demi boling

KUALA LUMPUR: Sebut saja nama Shalin Zulkifli, sudah pasti kita akan terbayang wajah ayu gadis kecil molek yang sering mewarnai arena sukan boleh tanah air sehingga mencetuskan fenomena di zaman kegemilangannya pada tahun 1990-an hingga awal abad ke-21.

Malah, tidak keterlaluan jika Shalin dianggap antara pemain boling paling berjaya dalam sejarah negara kerana merangkul pelbagai gelaran sama ada di peringkat kebangsaan, Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel mahu pun dunia.

Antara kejayaan terbesar pernah diraih Ratu Boling yang dilahirkan di England itu termasuklah beberapa kali menang gelaran juara kategori berpasukan dan individu wanita Kejohanan Tenpin Boling Dunia; pemenang pingat emas Sukan Asia, Sukan SEA dan juara kebangsaan.

Minat Shalin terhadap boling berputik ketika berusia sembilan tahun selepas dia sering mengikut ibu dan bapanya berlatih bermain boling.

Lama kelamaan, dia memberanikan diri untuk mencuba sendiri sukan itu.

SHALIN Zulkifli memperagakan pingat kemenangan selepas muncul juara pada Kejohanan Interstate Astro ke-30 di Sunway Megalanes, Sunway Pyramid. - Foto Owee Ah Chun
SHALIN Zulkifli memperagakan pingat kemenangan selepas muncul juara pada Kejohanan Interstate Astro ke-30 di Sunway Megalanes, Sunway Pyramid. - Foto Owee Ah Chun

Berkat usaha dan kesungguhannya, Shalin akhirnya terpilih mewakili skuad tenpin boling Selangor dan kebangsaan sehingga beliau menjadi rakyat Malaysia pertama menjuarai Kejohanan Wanita Kent Malaysian All-Stars pada 1994.

Selepas itu, Shalin tidak lagi menoleh ke belakang dan terus mengorak langkah sehingga beliau menubuhkan akademi latihannya sendiri dan bergelar jurulatih pasukan boling Selangor.

Jadi, tidak hairanlah jika Shalin terus menjadi idola kepada ramai pemain remaja dan senior boling di seluruh negara hingga hari ini.

SHALIN dianggap antara pemain boling paling berjaya dalam sejarah negara kerana merangkul pelbagai gelaran sama ada di peringkat kebangsaan, Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel mahu pun dunia. - Foto Oh Thean Howe

Profil:

Nama: Shalin Zulkifli

Tarikh Lahir: 28 Mac 1978

Umur: 39 tahun

Tempat lahir: North Islington, England

Pencapaian:

* 1994 - Juara terbuka wanita - Kent Malaysian All-Stars

* 1996 - Gangsa Piala Tenpin Boling Dunia dan diundi sebagai pemain paling bernilai; naib juara AMF World Cup (Northern Ireland)

*1999 - Pingat emas beregu dan berpasukan di Kejohanan Belia Asia (Singapura); emas beregu, berpasukan; All Event dan Masters di Sukan SEA Brunei.

* 2001 - Juara wanita pertama World Tenpin Masters di England; emas acara individu, all event, bertiga dan berpasukan Sukan SEA KL (catat lapan rekod baharu Sukan SEA)

* 2002 - Juara masters wanita di Terbuka Antarabangsa Thailand dan Filipina

* 2003 - Juara berpasukan wanita Piala Tenpin Boling Dunia; pingat emas di Kejohanan Boling Tenpin Sedunia; juara wanita Asian Bowling Tour Grand Slam.

* 2004 - Juara Terbuka Bahrain; Terbuka Sinai; ABF Tour (pusingan Thailand) dan Terbuka Antarabangsa Malaysia

* 2005 - Pingat emas Masters, beregu campuran dan berpasukan Kejohanan Boling Komanwel kedua di Cyprus

Berita Harian X