Ahad, 11 September 2022 | 8:35am
Gelagat bintang PSG, Neymar ketika meraikan jaringannya pada aksi Ligue 1 menentang Brest di Parc des Princes, Paris. - Foto REUTERS.
Gelagat bintang PSG, Neymar ketika meraikan jaringannya pada aksi Ligue 1 menentang Brest di Parc des Princes, Paris. - Foto REUTERS.

PSG kembali melonjak ke puncak liga

PARIS: Neymar meledak jaringan ke-10 musim ini tetapi Paris Saint-Germain (PSG) yang lesu memerlukan Gianluigi Donnarumma menyelamatkan penalti babak kedua untuk memastikan kemenangan 1-0 mengatasi Brest dalam Ligue 1.

Keputusan itu membawa PSG kembali ke persada liga dan mengekalkan permulaan tanpa kalah dalam kempen di bawah jurulatih baharu, Christophe Galtier.

PSG di kedudukan teratas menerusi perbezaan gol dengan Marseille, yang juga tidak kalah dalam liga selepas menewaskan Lille 2-1 dalam perlawanan lain.

Aksi pemain PSG pada perlawanan Ligue 1 menentang Brest di Parc des Princes, Paris. - Foto AFP
Aksi pemain PSG pada perlawanan Ligue 1 menentang Brest di Parc des Princes, Paris. - Foto AFP

Lens sebelum ini berkedudukan teratas selepas menewaskan Troyes 1-0 semalam, namun mereka kini dua mata di belakang pendahulu dan berkedudukan ketiga.

Walaupun menang, PSG menampilkan persembahan kurang memberangsangkan setakat ini berdepan Brest yang dua minggu lalu kalah 7-0 di laman sendiri kepada Montpellier.

Galtier mungkin sedar dia perlu membuat lebih perubahan dalam kesebelasan utama kerana aksi minggu ini berlangsung antara kemenangan 2-1 mereka dalam Liga Juara-Juara mengatasi Juventus dan akan ke Israel bagi menentang Maccabi Haifa awal pagi Khamis ini waktu Malaysia.

Aksi pemain PSG dan Brest pada perlawanan Ligue 1 di Parc des Princes, Paris. - Foto AFP
Aksi pemain PSG dan Brest pada perlawanan Ligue 1 di Parc des Princes, Paris. - Foto AFP

"Ia sentiasa sukar untuk bermain selepas aksi Liga Juara-Juara. Terlalu banyak tenaga digunakan dalam perlawanan seperti ini, secara mental dan fizikal," kata Galtier kepada Amazon Prime.

"Saya tidak katakan saya cuba membuat perubahan tetapi ia mungkin tiada keinginan yang sama seperti yang kita lihat musim ini."

- AFP

Berita Harian X