Selasa, 6 September 2022 | 4:12pm
Wartawan Sukan BH, Zulfaizan Mansor meraikan kejayaan memenangi katagori Laporan Berita Terbaik Media Cetak pada Majlis Anugerah 100Plus Perpaduan SAM 2020/2021 di Hotel PJ Hilton, hari ini. - Foto NSTP/Eizairi Shamsudin.

Wartawan BH menang Laporan Berita Sukan Terbaik

PETALING JAYA: Wartawan Sukan Berita Harian (BH), Zulfaizan Mansor memenangi kategori Laporan Berita Terbaik 2020 (Media Cetak) pada Majlis Anugerah 100Plus Perpaduan - Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2020/2021 di sini, hari ini.

Zulfaizan, 34, mengatasi empat lagi calon akhir bagi kategori berkenaan menerusi laporan berjudul 'Potong gaji 25 peratus', mencadangkan agar gaji pemain bola sepak dipotong selepas saingan Liga Malaysia (Liga M) ditangguh berikutan pandemik COVID-19 yang disiarkan pada 17 Mac 2020.

Kemenangan itu membolehkan dia membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 beserta trofi.

Bagi Zulfaizan, ia adalah pencapaian tertingginya sepanjang bergelar Wartawan Sukan sejak 2014.

"Ini adalah kejayaan yang amat bermakna buat saya. Terima kasih kepada Pengarang Meja Sukan Berita Harian, Hussain Said dan penolongnya, Amirullah Andi Nur yang banyak memberi peluang kepada saya untuk berkarya untuk bersama membangunkan sukan negara," katanya.

Wartawan Harian Metro, Firdaus Hashim (dua dari kiri) memenangi katagori Ulasan Berita Terbaik Media Cetak dan wartawan Berita Harian, Zulfaizan Mansor (tiga dari kiri) memenangi katagori Laporan Berita Terbaik Media Cetak pada Majlis Anugerah 100Plus Perpaduan SAM 2020/2021 di Hotel PJ Hilton. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Sementara itu, Wartawan Sukan Harian Metro, Mohd Firdaus Mohd Hashim memenangi kategori Ulasan Berita Terbaik (Media Cetak) 2020 menerusi laporan berjudul 'AMD sudah ada penaja' sekali gus mempertahankan kemenangannya pada edisi 2019.

Edisi kali ini menyaksikan Wartawan Sukan TV3, Al Shaiful Nazib Talib memenangi Anugerah Siebel sekali gus memenangi wang tunai RM7,000 dan trofi.

Berita Harian X