Ahad, 7 Ogos 2022 | 10:55pm
Pemain Brighton, Pascal Gross (tengah) menjaringkan gol kedua pasukannya ketika aksi EPL menentang Manchester United di Old Trafford, Manchester. - AFP
Pemain Brighton, Pascal Gross (tengah) menjaringkan gol kedua pasukannya ketika aksi EPL menentang Manchester United di Old Trafford, Manchester. - AFP

United 'layu' di Old Trafford

LONDON: Pascal Gross meledak dua gol ketika Brighton menghadiahkan kekalahan pertama buat pengendali baharu Manchester United, Erik ten Hag dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini menerusi kemenangan 2-1 di Old Trafford, sebentar tadi.

Pada aksi sulung pengendali dari Belanda itu dalam saingan Liga Perdana musim ini, dia tidak menurunkan Cristiano Ronaldo dalam kesebelasan utama dan United jelas berdepan masalah di bahagian serangan.

Brighton sebaliknya menggunakan kesempatan itu dengan Danny Welbeck melorongkan bola dari sebelah kiri gol United yang disambar Gross seterusnya menewaskan David De Gea untuk gol pertama pada minit ke-30.

Reaksi Ronaldo ketika di bangku simpanan.
Reaksi Ronaldo ketika di bangku simpanan.

Pemain Manchester United, Christian Eriksen melepasi pemain Brighton ketika aksi EPL menentang Manchester United di Old Trafford, Manchester. - REUTERS
Pemain Manchester United, Christian Eriksen melepasi pemain Brighton ketika aksi EPL menentang Manchester United di Old Trafford, Manchester. - REUTERS

Pertahanan Manchester United, Harry Maguire mengasak pemain Brighton, Leandro Trossard. - AFP
Pertahanan Manchester United, Harry Maguire mengasak pemain Brighton, Leandro Trossard. - AFP

Sembilan minit selepas itu, Gross sekali lagi menemui gawang apabila menyambung bola ditepis De Gea hasil cubaan Solly Marsh dari sebelah kanan.

Ronaldo dimasukkan selepas 50 minit permainan menggantikan Fred dan corak serangan pasukan tuan rumah berubah.

Dia melorongkan bola buat Marcus Rashford namun penyerang itu terlebih dahulu ofsaid sebelum mengancam penjaga gol pelawat pada minit ke-58.

United mendapat suntikan semangat apabila meraih gol pertama pada minit ke-68 selepas pertahanan Brighton, Alexis MacAllister menjaringkan gol sendiri berikutan keadaan kelam kabut hasil sepakan sudut.

Bagaimanapun gol penyamaan gagal ditemui lantas memberikan kekalahan pertama buat United dan Ten Hag musim ini. - AGENSI

Berita Harian X