Sabtu, 25 Jun 2022 | 7:32am
Kalvin Phillips (kiri) ketika mewakili England menentang Itali di Wolverhampton, Britain. - EPA
Kalvin Phillips (kiri) ketika mewakili England menentang Itali di Wolverhampton, Britain. - EPA

Man City bayar RM243 juta dapatkan Kalvin Phillips

LONDON: Manchester City bersetuju menandatangani pemain tengah England, Kalvin Phillips dari Leeds dengan harga £45 juta (RM243.09 juta) menurut laporan hari ini.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dilaporkan menawarkan yuran £42 juta (RM226.88 juta) dengan potensi tambahan £3 (RM16.21 juta) untuk Phillips.

Perpindahan lumayan itu bergantung kepada persetujuan Phillips dalam aspek peribadi dengan skuad Pep Guardiola.

Guardiola mahukan Phillips bagi memperkukuhkan bahagian tengah selepas pemergian pemain Brazil, Fernandinho pada penghujung musim lalu.

Phillips meningkat daripada sistem remaja Leeds dan memainkan peranan penting membantu kelabnya kembali ke EPL dua tahun lalu.

Dia juga mengukuhkan kedduukan sebagai pemain antarabangsa England dan beraksi pada final Kejohanan Eropah tahun lalu.

Phillips akan menjadi pemain tambahan kedua terbaik buat City selepas kehadiran penyerang Borussia Dortmund dari Norway, Erling Haaland.

Sementara itu, pemain tengah daripada akademi City, Darko Gyabi akan ke Leeds dengan nilai sekitar £5 juta (RM27 juta). - AFP

Berita Harian X