Jumaat, 24 Jun 2022 | 11:04pm
Penyerang Kedah, Ronald Ngah (tengah) diasak dua pemain Bali United pada aksi Piala AFC. - FB Kedah FC
Penyerang Kedah, Ronald Ngah (tengah) diasak dua pemain Bali United pada aksi Piala AFC. - FB Kedah FC

Kedah langkah kiri

KUALA LUMPUR: Kedah Darul Aman (KDA) membuka saingan Kumpulan G kempen Piala AFC dengan langkah kiri apabila tewas 0-2 di tangan Bali United di Stadium Kapten I Wayan Dipta, sebentar tadi.

Selepas bertahan dengan baik, pintu gol KDA akhirnya bocor pada masa kecederaan babak pertama dan malangnya ia hasil jaringan sendiri Ronald Ngah.

KDA berusaha untuk mendapat gol penyamaan dengan melakukan beberapa serangan ke kubu lawan, namun tidak berjaya disudahkan dengan jaringan.

Sebaliknya, Bali United berjaya mengukuhkan kedudukan pada minit ke-82 hasil jaringan Muhammad Rahmat yang menyudahkan hantaran Privat Mbarga.

Kekalahan itu meletakkan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak di tangga tercorot kumpulan, sementara Bali United menghuni kedudukan teratas.

Visakha yang turut mengumpul tiga mata selepas menewaskan Kaya Iloilo 2-1 pada aksi sebelah petang berada di kedudukan kedua.

Berita Harian X