Ahad, 12 Jun 2022 | 8:48pm
Mauricio Pochettino (kanan) dilaporkan setuju meninggalkan PSG dengan Zinedine Zidane jadi pilihan utama menggantikannya. - Foto ihsan The Mirror.
Mauricio Pochettino (kanan) dilaporkan setuju meninggalkan PSG dengan Zinedine Zidane jadi pilihan utama menggantikannya. - Foto ihsan The Mirror.

Pochettino tinggalkan PSG, Zidane, Mourinho jadi pilihan

PARIS: Paris Saint Germain (PSG) berpisah dengan Mauricio Pochettino secara persetujuan bersama. Berdasarkan beberapa laporan, bekas pengurus Tottenham Hotspur itu meninggalkan Parc des Princes selepas 18 bulan bersama pasukan berkenaan.

Pengendali berusia 50 tahun itu membimbing PSG merangkul kejuaraan Ligue 1 musim lalu, namun gagal menghadiahkan Liga Juara-Juara yang sentiasa menjadi dambaan pemilik pasukan itu.

Menurut yang The Sun yeng memetik The Athletic, kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk berpisah ketika mesyuarat penghujung musim minggu lalu. Zinedine Zidane, Jose Mourinho dan Christophe Galtier menjadi antara pilihan untuk menggantikan Pochettino.

PSG turut memecat pengarah sukannya, Leonardo dan menggantikan dengan penasihat bola sepak baharu, Luis Campos.

Campos, 57, yang pernah bersama Monaco sebelum ini memiliki hubungan yang baik dengan bintang PSG, Kylian Mbappe. Dia sebelum ini bersama Lille dan membantu mereka menjulang gelaran Ligue 1 di bawah kendalian Galtier.

Campos juga pernah bersama Monaco apabila bertugas sebagai skuad pemantau di Real Madrid pada 2012. Beberapa laporan mendakwa PSG sudah bersetuju dengan pilihan utama iaitu Zidane.

Khabar angin itu terus dinafikan oleh juara Ligue 1 namun tetap mengekalkan minat untuk mendapatkan khidmat Zidane atau Zizou itu.

- AGENSI

Berita Harian X