Ahad, 22 Mei 2022 | 7:13am
Kylian Mbappe berkata dia “amat gembira” untuk kekal di Paris Saint-Germain sehingga tahun 2025 selepas menolak tawaran Real Madrid. - Foto REUTERS
Kylian Mbappe berkata dia “amat gembira” untuk kekal di Paris Saint-Germain sehingga tahun 2025 selepas menolak tawaran Real Madrid. - Foto REUTERS

Keputusan Mbappe buat La Liga berang

PARIS: Kylian Mbappe berkata dia "amat gembira" untuk kekal di Paris Saint-Germain selepas presiden kelab itu mengumumkan yang pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu menolak tawaran Real Madrid dan kekal di Paris sehingga tahun 2025.

"Saya amat gembira untuk kekal di Perancis, di Paris, kota saya. Saya harap saya dapat meneruskan apa yang paling saya suka lakukan - memenangi perlawanan bola sepak dan trofi bersama anda semua," kata Mbappe yang ditemani presiden PSG Nasser Al-Khelaifi.

Hatrik Mbappe semalam menjadikan jumlah jaringannya dalam saingan liga musim ini meningkat kepada 28 gol.

Presiden La Liga Javier Tevas bagaimanapun menyelar pusingan U dibuat Mbappe yang akhirnya tunduk dengan kuasa kewangan dan tawaran lumayan PSG yang dimilik jutawan Qatar itu.

"Apa yang PSG lakukan dengan memperbaharui kontrak Mbappe menerusi jumlah wang yang besar... selepas mencatat kerugian 700 juta euro (RM3.24 bilion) sejak beberapa musim lalu dan perbelanjaan melebihi 600 juta euro (RM2.78 bilion), adalah penghinaan kepada bola sepak," kata Tebas.

La Liga turut mengumumkan akan membuat bantahan berkenaan tindakan PSG kepada Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), pihak berkuasa di Perancis dan badan berkaitan dalam Kesatuan Eropah.

Tebas dalam ciapannya turut melabelkan Khelaifi sebagai ancaman kepada bola sepak Eropah. - AFP

Berita Harian X