Sabtu, 23 April 2022 | 10:56am
Skuad kendalian Thomas Tuchel tewas ketiga-tiga perlawanan terakhir di laman sendiri, dibolosi 11 kali termasuk kekalahan 4-2 kepada Arsenal Rabu lalu. - Foto REUTERS
Skuad kendalian Thomas Tuchel tewas ketiga-tiga perlawanan terakhir di laman sendiri, dibolosi 11 kali termasuk kekalahan 4-2 kepada Arsenal Rabu lalu. - Foto REUTERS

Tuchel bingung prestasi di Stamford Bridge

LONDON: Thomas Tuchel mengakui dia terkejut dengan kerapuhan benteng Chelsea di laman sendiri dan pengendali The Blues itu mahu memastikan Stamford Bridge kembali menjadi kubu kuat mereka.

Skuad kendalian Tuchel tewas ketiga-tiga perlawanan terakhir di laman sendiri, dibolosi 11 kali termasuk kekalahan 4-2 kepada Arsenal Rabu lalu.

Sebelum itu Chelsea dibelasah Brentford 4-1 dan 3-1 oleh Real Madrid - kali pertama sejak tahun 1993 mereka tewas tiga perlawanan berturut-turut di Stamford Bridge.

Dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini, Chelsea mencatat tujuh kemenangan, lima seri dan tiga kali tewas.

"Ia ganjil dan saya tidak tahu apa dia. Jika ia hanya satu perkara, kami mungkin terpaksa menukar bilik persalinan atau menyewa hotel. Tetapi itu akan menjadi perkara tahyul.

"Saya tidak ada penyelesaiannya tetapi ia memang bukan tahap persembahan yang kami mahukan dalam permainan. Amat rapuh ketika ini, seperti ketika bertemu Brentford dan Real Madrid.

"Biasanya di laman sendiri ada perasaan yang anda mampu bangkit tanpa mengira apa yang berlaku. Sekarang tugas saya ialah meyakinkan pemain-pemain untuk terus berjuang. Penyokong pula perlu terus mendorong pasukan dan kekal positif," kata Tuchel.

Chelsea di tangga ketiga perlu bangkit bertemu West Ham di Stamford Bridge esok sekiranya mahu mengukuhkan kedudukan untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan. - AFP

Berita Harian X