Isnin, 7 March 2022 | 7:11am
Pemain Manchester City meraikan jaringan keempat Riyad Mahrez ketika menentang Manchester United di Stadium Etihad dekat Manchester, Britain. - REUTERS
Pemain Manchester City meraikan jaringan keempat Riyad Mahrez ketika menentang Manchester United di Stadium Etihad dekat Manchester, Britain. - REUTERS

City belasah United

MANCHESTER, United Kingdom: Kevin De Bruyne dan Riyad Mahrez masing-masing meledak dua gol ketika Manchester City kembali membuka jurang enam mata di persada Liga Perdana apabila membelasah Manchester United 4-1 di Etihad awal pagi tadi.

Kekalahan bermakna wujud jurang 22 mata antara kedua-dua kelab dan satu lagi ancaman terhadap peluang United layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Skuad Red Devils kini mengejar Arsenal di tangga keempat dengan ketinggalan satu mata selain lawan memiliki tiga perlawanan dalam tangan.

Penyerang Manchester City, Riyad Mahrez (kanan) menjaringkan gol keduanya ketika menentang Manchester United. - Foto EPA
Penyerang Manchester City, Riyad Mahrez (kanan) menjaringkan gol keduanya ketika menentang Manchester United. - Foto EPA

Di persada liga, Liverpool juga ada satu perlawanan tambahan untuk mengurangkan kelebihan City kepada tiga mata.

Skuad kendalian Pep Guardiola membalas tekanan diberikan lawan selepas menang tujuh aksi liga dengan bangkit daripada dua aksi di bawah kemampuan sebenar berdepan Tottenham dan Everton.

United tanpa kehadiran penyerang yang cedera, Cristiano Ronaldo dan Edinson Cavani selain pertahanan, Raphael Varane serta Luke Shaw yang masing-masing positif COVID-19.

De Bruyne meledak pada minit kelima dan 28 sebelum Jadon Sancho merapatkan kedudukan pada minit ke-22.

City membalas menerusi dua lagi gol Riyad Mahrez masing-masing pada minit ke-68 dan penamat saingan. - AFP

Pertahanan Manchester United, Harry Maguire (kanan) menghalang rembatan pemain Manchester City, Kevin De Bruyne (kiri). - Foto AFP
Pertahanan Manchester United, Harry Maguire (kanan) menghalang rembatan pemain Manchester City, Kevin De Bruyne (kiri). - Foto AFP

Berita Harian X