Rabu, 26 Januari 2022 | 9:10pm
Pemain Poland, Iga Swiatek meraikan kejayaan menewaskan wakil Estonia, Kaia Kanepi pada aksi suku akhir perseorangan wanita Terbuka Australia di Melbourne Park, Melbourne. - Foto EPA.
Pemain Poland, Iga Swiatek meraikan kejayaan menewaskan wakil Estonia, Kaia Kanepi pada aksi suku akhir perseorangan wanita Terbuka Australia di Melbourne Park, Melbourne. - Foto EPA.

Swiatek mara separuh akhir Terbuka Australia

MELBOURNE: Iga Swiatek bangkit dari ketinggalan satu set untuk mara buat julung kalinya ke separuh akhir perseorangan wanita Terbuka Australia apabila menewaskan pemain veteran, Kaia Kanepi.

Pemain berusia 20 tahun itu menewaskan pemain bukan pilihan dari Estonia, 4-6, 7-6 (7/2), 6-3 dalam aksi selama tiga jam dan satu minit.

Dia bakal bertemu Danielle Collins untuk perebutan tiket ke final selepas pilihan ke-27 itu menumbangkan Alize Cornet 7-5, 6-1.

- AFP

Berita Harian X