Rabu, 26 Januari 2022 | 7:19am
Roy Hodgson dilantik sebagai pengurus baharu Watford. - REUTERS
Roy Hodgson dilantik sebagai pengurus baharu Watford. - REUTERS

Hodgson dilantik pengurus baharu Watford

LONDON: Watford menamakan bekas pengurus England dan Liverpool, Roy Hodgson sebagai pengurus baharu sehari selepas memecat Claudio Ranieri berikutan kekalahan 3-0 kepada Norwich City Jumaat lalu kata kelab Liga Perdana itu.

Hodgson dibawa masuk untuk mengekalkan Watford di liga utama, cabaran yang dicapainya selama empat tahun berturut-turut bersama Crystal Palace, pasukan terakhir diuruskannya.

"Watford FC gembira mengesahkan pelantikan Roy Hodgson sebagai pengurus kelab," kata kelab itu.

"Bekas bos England itu disertai pembantunya, Ray Lewington, yang menguruskan Hornets dengan baik dari 2002 hingga 2005.

"Hodgson dan Lewington akan memulakan persiapan segera untuk saingan Liga Perdana Watford seterusnya, di tempat lawan bertemu Burnley, Sabtu 5 Februari."

Ranieri dipecat Isnin lalu selepas hanya tiga bulan mengetuai kelab berikutan keputusan teruk yang menyebabkan kelab berkenaan jatuh ke zon penyingkiran Liga Perdana.

Pengendali berusia 70 tahun, Ranieri memgambil alih kelab pada Oktober selepas Xisco Munoz berpisah dengan kelab itu hanya selepas tujuh saingan liga dan pasukan berada di tangga ke-14 liga. - REUTERS

Berita Harian X