Selasa, 25 Januari 2022 | 8:27am
Fiorentina bersedia untuk mendengar tawaran membabitkan penyerangnya, Vlahovic.
Fiorentina bersedia untuk mendengar tawaran membabitkan penyerangnya, Vlahovic.

Fiorentina sedia jual Vlahovic RM331 juta

ROM: Fiorentina bersedia menjual bintang penyerang mereka, Dusan Vlahovic bulan ini tetapi menilai pemain itu berharga 70 juta euro (RM331.86 juta) dan mahu bayaran pendahuluan secara tunai, kata pengarah sukan kelab Itali itu, Daniele Prade hari ini.

Pemain berusia 21 tahun itu dilaporkan menjadi minat kelab seperti Juventus dan Arsenal selepas menjaringkan 17 gol dalam Serie A musim ini, berkongsi jaringan terbanyak dengan pemain Lazio, Ciro Immobile.

"Kami ada nilai yang signifikan, di atas 70 juta euro. Tanpa pemain sebagai ganti atau bayaran mengikut tahun," kata Prade kepada Sport Italia.

Kontrak Vlahovic di Florence tamat pada Jun 2023 dan pemilik kelab, Rocco Commisso mengumumkan pada Oktober lalu bahawa penyerang itu menolak tawaran memperbaharui kontrak.

Prade bagaimanapun mendedahkan tiada sebarang tawaran diterima kelab itu bulan ini berikutan kurang komunikasi dengan ejen pemain Serbia itu.

"Kamu menerima tawaran yang agak baik, tapi tiada jawapan daripada wakilnya," kata Prade.

"Pintu kami masih terbuka. Saya katakan ini kerana kami mahu memahami apa yang dia mahukan dan apa ejen dia mahukan. Kami juga bersedia berbincang untuk sambungan kontrak." - REUTERS

Berita Harian X