Jumaat, 31 Disember 2021 | 10:42am
Dusan Vlahovic bakal diburu kelab utama Eropah pada fasa perpindahan kali ini.
Dusan Vlahovic bakal diburu kelab utama Eropah pada fasa perpindahan kali ini.

Vlahovic dalam radar kelab utama Eropah

MILAN: Dusan Vlahovic akan menarik minat kelab sekitar Eropah pada perpindahan Januari selepas tahun 2021 yang menakjubkan buat penyerang Serbia itu yang meledak 33 gol dalam Serie A.

Dia kini mendahului senarai 'Capocannoniere' dengan 16 gol selepas meledak 21 kali musim lalu dan meningkat di bawah kendalian Vincenzo Italiano di Florence yang mengembalikan keghairahan di Stadio Artemio Franchi selepas musim yang sukar.

Fizikal Vlahovic yang bagus serta suntuhan penyudah baik mengingatkan peminat kepada Zlatan Ibrahimovic yang diakui penyerang berusia 21 tahun itu sendiri adalah pemain idolanya selepas "semua yang dilakukan, dia melakukannya sendirian."

Dia juga tidak kisah dibandingkan Erling Haaland.

"Dia jelas lebih laju daripada saya, tapi untuk yang lain, kami berada di tahap yang sama," kata penyerang itu.

Pada musim panas Fiorentina bertahan dengan minat ditunjukkan Tottenham Hotspur dan Atletico Madrid tetapi gagal melanjutkan kontrak Vlahovic yang akan tamat pada musim panas 2023.

Vlahovic berkata keputusannya ialah untuk kekal di "rumah keduanya" dekat Florence musim ini.

"Kami yang berasal dari Balkan selalunya melakukan perkara mengikut hati berbanding akal kami, saya mahu kekal di sini, ia pilihan saya," katanya kepada DAZN. - AFP

Berita Harian X