Khamis, 30 Disember 2021 | 9:02pm
Kuppan meninggal dunia pada usia 84 tahun.
Kuppan meninggal dunia pada usia 84 tahun.

Kuppan meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak negara, Datuk M Kuppan meninggal dunia di sini, petang tadi.

Perkembangan itu disahkan oleh bekas pemain bola sepak negara yang juga Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Johari Maina.

"Datuk M Kuppan meninggal dunia jam 5.30 petang. Urusan persemadian akan dibuat esok," katanya.

Difahamkan, Kuppan, 84, menghidap penyakit osteoarthritis.

Sebagai rekod, Kuppan pernah menjulang Piala Malaysia bersama Pulau Pinang pada 1958 dan pernah menyarung jersi negara selama lapan tahun bermula 1958 hingga 1965.

Beliau mewakili Pulau Pinang selama 10 musim sebelum bersara pada 1967 dan menjulang Piala Malaysia sebagai jurulatih Pulau Pinang pada 1974.

Beliau turut membawa skuad kebangsaan menjulang Piala Raja Thai sebanyak dua tahun berturut-turut pada 1975 dan 1976 sebelum menjulang Pestabola Merdeka 1976.

Berita Harian X