Sabtu, 4 Disember 2021 | 11:42pm
Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel memberi arahan kepada pemainnya ketika menentang West Ham United di Stadium London. - AFP
Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel memberi arahan kepada pemainnya ketika menentang West Ham United di Stadium London. - AFP

Tuchel akui Chelsea lakukan banyak "kesilapan individu"

LONDON: Thomas Tuchel mengakui Chelsea perlu membayar harga yang mahal kerana terlalu banyak "kesilapan individu" apabila jaringan lewat Arthur Masuaku menghadiahkan kemenangan 3-2 buat West Ham.

Skuad kendalian Thomas Tuchel mendahului menerusi Thiago Silva namun penalti Manuel Lanzini menyamakan kedudukan buat West Ham.

Mason Mount mengembalikan kelebihan Chelsea sebelum tamat babak pertama sebelum Jarrod Bowen kembali menyamakan kedudukan buat West Ham tidak lama selepas bermula babak kedua.

Chelsea mendominasi untuk tempoh yang lama tetapi melakukan terlalu banyak kesilapan dan terpaksa membayar harga yang mahal berbaki tiga minit saingan apabila hantaran lintang lintang Masuaku mengatasi penjaga gol, Edouard Mendy.

"Kami perlu mengakui kami melalukan terlalu banyak kesilapan pada waktu yang penting. Ia menyebabkan kami kehilangan mata ketika berdepan Manchester United selain hari ini," kata Tuchel.

"Jika anda mahukan keputusan yang baik pada tahap ini, anda perlu kurangkan kesilapan. Kami sudah bercakap mengenainya sebelum ini, ia jelas tidak membantu."

Penjaga gol Senegal, Mendy menjadi sebahagian kesilapan untuk dua gol berkenaan dan Tuchel berkata: "Keputusan dibuat Edouard bukanlah yang terbaik ketika ini." - AFP

Berita Harian X