Rabu, 1 Disember 2021 | 9:46pm
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kiri) bersama pemain KL City, Shukor Adan selepas aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. - Foto NSTP/Aizuddin Saad.
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kiri) bersama pemain KL City, Shukor Adan selepas aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. - Foto NSTP/Aizuddin Saad.

TMJ gembira pencapaian Shukor Adan

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim gembira dengan pencapaian Shukor Adan yang menamatkan kerjaya dalam kancah bola sepak dengan menjulang Piala Malaysia, semalam.

Dalam masa Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut gembira dengan pencapaian Shukor Adan yang menamatkan kerjaya dalam kancah bola sepak dengan menjulang piala berprestij itu.

Pertahanan Kuala Lumpur City (KL City) berusia 42 tahun itu sebelum ini menaruh impian mahu bersara dengan menjulang Piala Malaysia dan ia menjadi kenyataan selepas skuad City Boys menewaskan JDT 2-0 di pentas akhir.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) di laman Instagram miliknya menganggap Shukor mengharungi perjalanan yang menakjubkan sepanjang hampir 24 tahun bergelar pemain bola sepak.

Dalam masa Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut gembira dengan pencapaian Shukor Adan yang menamatkan kerjaya dalam kancah bola sepak dengan menjulang piala berprestij itu.

"Bukan keputusan baik untuk kami (JDT), tapi saya gembira dengan lelaki ini (Shukor). Sebuah perjalanan yang menakjubkan. Terima kasih kerana menjadi inspirasi. Selamat berehat legenda," tulis TMJ bersama gambar Shukor memegang Piala Malaysia.

Shukor diberi peluang masuk sebagai pemain gantian pada masa kecederaan oleh jurulatih KL City, Bojan Hodak dan ia menjadi detik paling bermakna untuknya melengkapkan pencapaian menjualang trofi Piala Malaysia kelima sepanjang kariernya.

Berita Harian X