Isnin, 29 November 2021 | 11:39am
Claudio Ranieri (berdiri tengah) menerima tepukan daripada penyokong Leicester sebelum aksi The Foxes dan Watford di Stadium King Power, semalam. Ranieri adalah bekas jurulatih Leicester yang menjulang kejuaraan EPL pada musim 2015/2016 dan kini membimbing Watford. - Foto ihsan The Sun.

Ranieri sebak kembali ke Leicester

LONDON: Claudio Ranieri hampir mengalirkan air mata ketika diberikan tepukan gemuruh penyokong Leicester ketika kepulangannya ke Stadium King Power dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Ranieri, 70, melambai kepada peminat dan dilihat cuba mengawal emosinya.

Pengendali dari Itali itu membawa Watford ke Leicester untuk perlawanan pertamanya di laman berkenaan sejak dipecat pada Februari 2017.

Dia pernah bertemu skuad The Foxes sekali sebelum itu, ketika membimbing Fulham dan seri 1-1 di Craven Cottage pada Disember 2018.

Ranieri dikagumi penyokong Leicester kerana kejayaan epiknya membawa kelab itu menjuarai EPL pada musim 2015-16.

Dia turut membawa Leicester ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah dan mencungkil bakat hebat seperti N'Golo Kante.

Ranieri yang kembali ke England Oktober lalu, kini diberi tanggungjawab untuk mengelak Watford daripada tercicir ke Liga Kejuaraan musim depan.

- AGENSI

Berita Harian X