Isnin, 29 November 2021 | 7:56am
Pemain West Ham United, Declan Rice (kiri) cuba mengekang pergerakan kapten Manchester City, Ilkay Gundogan pada aksi EPL di Stadium Etihad, Manchester. City menang 2-1 termasuk satu menerusi Gundogan. - Foto AFP.

City kini hanya ketinggalan satu mata

LONDON: Juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City kini hanya satu mata di belakang pendahulu, Chelsea selepas merakam kemenangan 2-1 ke atas West Ham.

Riyad Mahrez menyaksikan jaringannya dibatalkan kerana ofsaid di Etihad tetapi tuan rumah kemudian mendahului permainan selepas hantaran Mahrez disempurnakan Ilkay Gundogan.

Selepas itu, Declan Rice hampir berjaya menyamakan kedudukan tetapi percubaannya diselamatkan Ederson sebelum pemain gantian Fernandinho menjadikan kedudukan 2-0 di akhir permainan.

Manuel Lanzini merapatkan jurang untuk West Ham dalam masa kecederaan tetapi ia tidak mencukupi untuk anak buah David Moyes mengelak kekalahan kedua berturut-turut.

epa09609308 Manuel Lanzini (2-R) of West Ham scores a goal during the English Premier League soccer match between Manchester City and West Ham United in Manchester, Britain, 28 November 2021. EPA/TIM KEETON EDITORIAL USE ONLY. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or 'live' services. Online in-match use limited to 120 images, no video emulation. No use in betting, games or single club/league/player publications

"Peluang-peluang yang kami cipta, sepatutnya tiga atau empat gol," kata pengendali City Pep Guardiola kepada BBC selepas perlawanan.

"Pemain-pemain yang diturunkan cukup cemerlang. Semua sekali, mereka amat lengkap. Kami tak lupa pasukan mana yang kami hadapi. Mereka memiliki segalanya,".

- AFP

Berita Harian X