Ahad, 21 November 2021 | 9:26am
Gaya penyerang Fiorentina, Dusan Vlahovic selepas menjaringkan gol ketika menentang AC Milan di Stadium Artemio Franchi dekat Florence, Itali. - AFP
Gaya penyerang Fiorentina, Dusan Vlahovic selepas menjaringkan gol ketika menentang AC Milan di Stadium Artemio Franchi dekat Florence, Itali. - AFP

Vlahovic tamatkan rekod tanpa kalah Milan

MILAN: Dusan Vlahovic meledak dua kali ketika Fiorentina menamatkan rekod tanpa kalah AC Milan dalam Serie A apabila menang 4-3 di Florence.

Vlahovic, yang berdepan tekanan daripada penyokong Fiorentina kerana enggan menyambung kontrak, membantu tuan rumah dengan kelebihan tiga gol selepas sejam perlawanan di Stadio Artemio Franchi.

Dan dia menyelamatkan skuadnya sekali lagi berbaki lima minit permainan dengan gol keempat selepas dua jaringan pantas Zlatan Ibrahimovic.

Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic (tengah) melepasi halangan pertahanan Fiorentina, Cristiano Biraghi (kiri) lalu merembat ke arah gol pada aksi perlawanan pagi tadi. - Foto AFP
Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic (tengah) melepasi halangan pertahanan Fiorentina, Cristiano Biraghi (kiri) lalu merembat ke arah gol pada aksi perlawanan pagi tadi. - Foto AFP

Alfred Duncan dan Riccardo Saponara juga menemui gawang buat tuan rumah dan Lorenzo Venuti menjaringkan gol sendiri pada masa kecederaan.

Skuad kendalian Vincenzo Italiano, Fiorentina kini di kedudukan keenam dengan 21 mata, empat mata daripada tempat ke Liga Juara-Juara.- AFP

Berita Harian X