Isnin, 25 Oktober 2021 | 9:33pm
 Bekas pengendali Chelsea dan Inter Milan, Antonio Conte kini dikaitkan berpindah ke Old Trafford menggantikan Ole Gunnar Solksjaer. - Foto TalkSPORTS.
Bekas pengendali Chelsea dan Inter Milan, Antonio Conte kini dikaitkan berpindah ke Old Trafford menggantikan Ole Gunnar Solksjaer. - Foto TalkSPORTS.

Conte dikaitkan ganti Solskjaer

LONDON: Berdasarkan beberapa laporan, Antonio Conte dikatakan terbuka untuk menjadi pengurus baharu Manchester United.

Namun, pengendali itu mahukan jaminan dia memiliki kuasa penuh mengenai perpindahan pemain sebelum menggantikan Ole Gunnar Solskjaer.

Pengurus dari Norway itu berdepan tekanan dengan 'kerusi panas' di Old Trafford itu selepas anak buahnya dimalukan 5-0 oleh Liverpool semalam.

Masa depannya terus menjadi spekulasi dengan Manchester Evening News mendakwa Conte berminat untuk mengisi jawatan terbabit.

Namun laporan itu turut menyebut pengendali dari Itali itu mahukan kepastian mengenai arah tuju pasukan, perancangan untuk membuat keputusan serta isu kepemimpinan.

Bekas bos Chelsea itu juga dikatakan tidak mahu tunduk kepada hierarki kelab membabitkan pemain yang boleh 'dipasarkan'.

Conte ketika ini sedang 'mengganggur' susulan meninggakan Inter Milan hanya beberapa hari selepas pasukan itu bergelar juara Serie A.

Dia juga sudah pun menolak untuk menjadi pengurus Newcastle sebelum Steve Bruce dipecat minggu lalu.

- AGENSI

Berita Harian X