Isnin, 25 Oktober 2021 | 1:44am
Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo (kiri) dan Bruno Fernandes kecewa selepas pasukan mereka dibelasah Liverpool pada aksi EPL di Old Trafford. Liverpool menang 5-0. - Foto EPA
Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo (kiri) dan Bruno Fernandes kecewa selepas pasukan mereka dibelasah Liverpool pada aksi EPL di Old Trafford. Liverpool menang 5-0. - Foto EPA

United jadi 'lauk' Liverpool

MANCHESTER, United Kingdom: Liverpool membelasah seteru ketatnya Manchester United 5-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford, di sini, sebentar tadi yang turut menyaksikan Mohamed Salah merakamkan hatrik.

Kekalahan besar dan memalukan di laman sendiri itu sekali gus turut menyaksikan kedudukan pengendali pasukan, Ole Gunnar Solskjaer kian terancam.

Buat pertama kali dalam sejarah EPL, United ketinggalan 4-0 pada separuh masa pertama dan kekalahan itu jelas memeritkan apabila mereka hanya mampu meraih satu daripada 12 mata saingan liga yang ditawarkan.

Salah berjaya memperoleh dua gol pada separuh masa (minit ke-38 dan 45+4) selepas Naby Keita (minit ke-5) dan Diogo Jota (ke-13) lebih dulu meletakkan skuad Jurgen Klopp itu di depan 2-0 dalam tempoh 15 minit pertama.

Salah meledak gol ketiganya lima minit selepas permainan disambung semula. Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan gol buat United tidak lama selepas itu, dinamun dibatalkan kerana ofsaid. - AFP

Berita berkaitan:

  • Detik paling hitam buat Solskjaer
  • Ia kemenangan luar biasa - Klopp
  • Pemain Manchester United, Bruno Fernandes (kanan) cuba menyekat pemain Liverpool, Curtis Jones. - Foto AFP
    Pemain Manchester United, Bruno Fernandes (kanan) cuba menyekat pemain Liverpool, Curtis Jones. - Foto AFP

    Pemain tengah Liverpool, Naby Keita dikatakan mengalami kecederaan dan tidak akan beraksi dalam saingan menetang Atletico Madrid. - AFP
    Pemain tengah Liverpool, Naby Keita dikatakan mengalami kecederaan dan tidak akan beraksi dalam saingan menetang Atletico Madrid. - AFP

    Diogo Jota (kiri) jaring gol kedua Liverpool pada minit ke-13. - Foto AFP
    Diogo Jota (kiri) jaring gol kedua Liverpool pada minit ke-13. - Foto AFP

    Cristiano Ronaldo (kanan) bersaing dengan pertahanan Liverpool, Curtis Jones dalam aksi di Old Trafford. - Foto AFP
    Cristiano Ronaldo (kanan) bersaing dengan pertahanan Liverpool, Curtis Jones dalam aksi di Old Trafford. - Foto AFP

    Mohamed Salah meraikan gol kelima Liverpool yang juga jaringan hatriknya. - Foto AFP
    Mohamed Salah meraikan gol kelima Liverpool yang juga jaringan hatriknya. - Foto AFP

    Tempat duduk kosong pada lewat permainan. - Foto AFP
    Tempat duduk kosong pada lewat permainan. - Foto AFP

    Berita Harian X