Selasa, 19 Oktober 2021 | 9:18pm
Rekod Solskjaer (kiri) lebih baik daripada Klopp (kanan) walaupun penyokong mendesaknya untuk dipecat.
Rekod Solskjaer (kiri) lebih baik daripada Klopp (kanan) walaupun penyokong mendesaknya untuk dipecat.

Solskjaer lebih 'power' daripada Klopp

MANCHESTER: Ole Gunnar Solskjaer memiliki rekod kemenangan lebih baik di Manchester United berbanding Jurgen Klopp di Liverpool dengan jumlah perlawanan yang sama.

Namun, 85 peratus penyokong masih berpendapat yang pengendali dari Norway itu sepatutnya dipecat.

Solskjaer berdepan tekanan di Old Trafford selepas hanya menang satu daripada lima perlawanan terakhir.

Rekodnya lebih baik berbanding Klopp apabila meraih kemenangan dalam 89 perlawanan daripada 162 yang dikendalikannya.

Ia satu kemenangan lebih banyak berbanding Klopp selepas 162 perlawanan dengan pengurus dari Jerman itu seri dalam 44 perlawanan dan tewas 30 aksi berdasarkan jumlah perlawanan yang sama.

Solskjaer pula mencatat seri dalam 36 perlawanan namun tewas dalam 37 perlawanan di bawah kendaliannya.

Meskipun rekod Solskjaer dilihat lebih baik berbanding Klopp namun 85 peratus pembaca SunSport mengakui sudah tibanya untuk legenda United itu meninggalkan pasukan terbabit.

Mereka ditanya 'Adakah United perlu memecat Ole sekarang?' dan 85 peratus menjawab 'ya' sementara 10 peratus pula memilih 'tidak, dia perlu diberi lebih masa' dan lima peratus berbelah bahagi. - AGENSI

Rekod kemenangan pengurus di EPL

Jurgen Klopp

Perlawanan: 162
Peratus kemenangan: 54.4 peratus
Menang: 88
Seri: 44
Kalah: 30
Jaringan: 331

Ole Gunnar Solskjaer

Perlawanan: 162
Peratus kemenangan: 54.9 peratus
Menang: 89
Seri: 36
Kalah: 37
Jaringan: 299

Pep Guardiola

Perlawanan: 162
Peratus kemenangan: 71.6 peratus
Menang: 116
Seri: 24
Kalah: 22
Jaringan: 407

Berita Harian X