Khamis, 14 Oktober 2021 | 7:46am
Penjaga gol AC Milan, Mike Maignan beraksi ketika menentang Juventus di Stadium Juventus dekat Turin, 19 September lalu. - AFP
Penjaga gol AC Milan, Mike Maignan beraksi ketika menentang Juventus di Stadium Juventus dekat Turin, 19 September lalu. - AFP

Maignan cedera selepas selamatkan penalti Salah

LONDON: Penjaga gol AC Milan, Mike Maignan dijangka tidak akan bermain selama 10 minggu akibat cedera selepas menyelamatkan penalti Mohamed Salah ketika berdepan Liverpool.

Penjaga gol Perancis itu menyertai gergasi Itali berkenaan dari Lille pada musim panas bagi menggantikan Gianluigi Donnarumma.

Maignan, 26, memulakan karier dengan baik di Itali apabila pasukannya tidak kalah dalam tujuh saingan awal Serie A.

Namun ia tergendala kerana penalti diselamatkannya bulan lalu.

Pemain antarabangsa Perancis itu mengalami rasa sakit di pergelangan tangannya sejak menyelamatkan penalti Salah di Anfield.

Dia dipercayai jatuh dengan teruk selepas menyelamatkan penalti itu.

Maignan bermain lima perlawanan sejak kekalahan 3-2 pasukannya di Anfield.

Namun ketika kesakitan dialaminya tidak berkurangan, dia terpaksa menjalani ujian 'arthroscopic' - AGENSI

Berita Harian X