Rabu, 13 Oktober 2021 | 10:03pm
Diego Simeone (kiri), Messi dan Suarez (kanan). - Foto ihsan goal.com
Diego Simeone (kiri), Messi dan Suarez (kanan). - Foto ihsan goal.com

Simeone akui cuba 'pancing' Messi musim panas lalu

MADRID: Diego Simeone mengakui dia cuba 'memancing' Lionel Messi untuk menyertai Atletico Madrid pada musim panas lalu.

Pemenang enam Ballon d'Or itu hampir menandatangani kontrak baharu bersama Barcelona sebelum gergasi Catalan itu gagal melengkapkan rundingan untuk mengekalkan pemain berkenaan di Barcelona.

Paris Saint Germain (PSG) pantas menyambar pemain berusia 34 tahun itu, namun Atletico sebenarnya turut berminat mendapatkan khidmat bintang Argentina itu.

Simeone mendedahkan dia meminta rakan baik Messi, Luis Suarez untuk bertanya sama ada berminat untuk beraksi bersama Suarez di Wanda Metropolitano.

Seperti yang dilaporkan Diario AS, bos Atletico itu berkata ' saya akan beritahu dengan lebih lanjut.'

"Dengan apa yang berlaku di Barcelona, kami menghubungi Luis. Saya tidak menghubungi Leo tetapi saya ada menyuruh Luis untuk bertanya mengenai perkara itu, sama ada dia mahu ataupun ada sedikit peluang untuk dia datang ke Atletico.

"Namun ia hanya bertahan selama tiga jam kerana PSG terlalu obses untuk mendapatkan khidmat Messi."

- AGENSI

Berita Harian X