Isnin, 27 September 2021 | 7:51am
Pemain tengah Arsenal Emile Smith Rowe menjaringkan gol pembukaan dan membuat umpanan untuk gol kedua ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham Hotspur di Stadium Emirates, London. - Foto AFP

Smith Rowe wira Arsenal benam Spurs

LONDON: Wira Arsenal Emile Smith Rowe berkata, menjaringkan gol menentang seteru London Utara Tottenham adalah hari terbaik dalam hidupnya.

Pemain tengah 21 tahun itu menjaringkan gol minit pada minit ke-12 yang mencetus rentak berbeza Gunners musim ini.

Dia kemudian membuat umpanan untuk jaringan Pierre-Emerick Aubameyang sebelum Bukayo Saka menjadikan kedudukan 3-0 pada babak pertama.

Spurs meledak gol tunggal menerusi Son Heung-min pada minit ke-79 tetapi terlalu lewat untuk bangkit mengikat skuad kendalian Mikel Arteta.

Peminat-peminat Arsenal sudah lama mahukan pemain berbakat itu diberikan lebih minit permainan - dan kini dia mula menunjukkan kemampuan sebenarnya.

Bukayo Saka (kiri) dikekang pemain Tottenham, Sergio Reguilon pada saingan Liga Perdana Inggeris di London. - Foto EPA
Bukayo Saka (kiri) dikekang pemain Tottenham, Sergio Reguilon pada saingan Liga Perdana Inggeris di London. - Foto EPA

"Ia hari terbaik dalam hidup saya. Saya sudah lama mengimpikan hari saya membolosi gawang Tottenham.

"Dengan keluarga saya ada di sini, ia perasaan yang sangat hebat. Saya bekerja keras dalam latihan untuk sentuhan penyudah dan saya amat gembira dengan gol ini," kata Smith Rowe.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Arteta memintas Spurs untuk tangga ke-10 Liga Perdana Inggeris.

"Saya rasa dalam kehidupan anda perlu menunjukkan rasa terima kasih. Mereka ini sentiasa menyokong kelab dan pemain-pemain ini. Kemenangan ini adalah untuk mereka.

"Apabila anda cuba membina sesuatu dan melakukan perkara yang betul, anda perlu kekal dengan nilai-nilai anda. Sekarang kami mula membina hubungan dengan penyokong-penyokong kami," kata Arteta. - AGENSI

Reaksi pengendali Arsenal, Mikel Arteta selepas melihat gol ketiga dihasilkan. - Foto AFP
Reaksi pengendali Arsenal, Mikel Arteta selepas melihat gol ketiga dihasilkan. - Foto AFP

Reaksi Emile Smith Rowe rai gol pertama Arsenal. - Foto EPA
Reaksi Emile Smith Rowe rai gol pertama Arsenal. - Foto EPA

Berita Harian X