Jumaat, 24 September 2021 | 7:16am
Solskjaer (kanan) dedahkan Ronaldo mahu beraksi menentang West Ham pada aksi Piala Liga, semalam.
Solskjaer (kanan) dedahkan Ronaldo mahu beraksi menentang West Ham pada aksi Piala Liga, semalam.

Keputusan Solskjaer tolak permintaan Ronaldo bawa padah

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mendedahkan Cristiano Ronaldo mahu beraksi menentang West Ham, semalam.

Pemain berusia 36 tahun itu meledak satu gol pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium London untuk membantu United menang 2-1 ke atas West Ham, Ahad lalu.

Namun, dia direhatkan pada pertemuan pusingan ketiga Piala Liga di Old Trafford itu dan Red Devils tersingkir di pusingan ketiga sekali gus terlepas peluang merebut trofi yang ditawarkan.

Solskjaer mendedahkan Ronaldo mahu beraksi pada perlawanan itu namun dia merasakan ia 'tidak mungkin' boleh dilakukan.

"Kami membuat beberapa keputusan (untuk melakukan perubahan).

"Kami mahu pemain supaya cergas untuk beraksi. Alex Telles sudah kembali dan menjalani latihan selama seminggu.

Aksi pertahanan Manchester United, Alex Telles ketika menentang West Ham, kelmarin. - Foto AFP
Aksi pertahanan Manchester United, Alex Telles ketika menentang West Ham, kelmarin. - Foto AFP

Ini adalah musim yang panjang.

"Cristiano datang dan memberikan perubahan. Dia mahu bermain sebanyak mungkin tetapi saya fikir itu tidak mungkin.

"Kalau anda mahu berjaya di penghujung musim, anda perlukan keseluruhan skuad dan minit supaya diagihkan sama rata," kata pengurus United itu.

Solksjaer turut memaklumkan pasukan itu beraksi beberapa perlawanan secara tertutup supaya mereka mendapat rentak.

"Membuat perubahan dalam satu risiko tetapi kami beraksi secara tertutup dan kami harap dapat mencari rentak," tambahnya. -AGENSI

Berita Harian X