Selasa, 21 September 2021 | 9:07am
Penyerang Manchester United Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ketika menentang West Ham United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium London. - Foto AFP
Penyerang Manchester United Cristiano Ronaldo menjaringkan gol ketika menentang West Ham United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium London. - Foto AFP

Ronaldo "cuci" jersi nombor tujuh United

LONDON: Cristiano Ronaldo hanya memerlukan dua perlawanan untuk menyamai rekod jaringan Liga Perdana Inggeris Alexis Sanchez dan Angel Di Maria.

Bintang 36 tahun Portugal itu, meledak dua kali dalam perlawanan pertamanya, menentang Newcastle, sejak kembali ke Old Trafford.

Ia disusuli dengan satu lagi jaringan ketika kemenangan 2-1 ke atas West Ham untuk gol ketiganya.

Jumlah itu menyamai jaringan keseluruhan Sanchez dan Di Maria, yang turut memakai jersi bernombor tujuh United, sepanjang mereka di Old Trafford.

Ronaldo juga mengatasi jaringan seorang lagi bekas pemilik jersi berkenaan, Memphis Depay yang hanya meledak dua gol liga bersama United.

Di Maria yang tiba dari Real Madrid ketika United dikendali Louis van Gaal, hanya meledak tiga gol dalam 27 penampilan sebelum berpindah ke Paris Saint-Germain.

Sanchez tiba di United pada Januari 2018 dan hanya mampu menjaringkan tiga gol liga dalam 32 penampilan.

Ronaldo, yang meledak 118 gol ketika pertama kali menyertai United dari tahun 2003 hingga 2009, menyambung rentak jaringannya sebaik kembali menyarung jersi keramat itu. - AGENSI

Berita Harian X