Jumaat, 19 Februari 2021 | 7:20am
Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes menjaringkan gol ketika saingan kelompok 32 terakhir Liga Europa berdepan Real Sociedad di Turin. - AFP
Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes menjaringkan gol ketika saingan kelompok 32 terakhir Liga Europa berdepan Real Sociedad di Turin. - AFP

Man United bawa bekal selesa

PARIS: Bruno Fernandes meledak dua kali ketika Manchester United menang 4-0 mengatasi Real Sociedad pada saingan pertama kelompok 32 terakhir Liga Europa sebentar tadi manakala Gareth Bale cemerlang buat Tottenham ketika menang 4-1 berdepan kelab Austria, Wolfsberg.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer, United tampak akan ke kelompok 16 terakhir berbekal empat gol di tempat lawan bagi perlawanan kedua selepas pertemuan diadakan di Turin kerana COVID-19.

"Kami tahu 4-0 ialah keputusan yang bagus tetapi kami perlu waspada dengan apa yang mereka boleh lakukan," kata Fernandes kepada BT Sport. "Sasaran saya ialah menjaringkan sebanyak mungkin gol, itu yang saya lakukan. Sasaran ialah menang trofi."

Pasukan Liga Perdana itu mendahului pada minit ke-27 apabila Fernandes menghukum kesilapan pertahanan dengan menyempurnakan hantaran Marcus Rashford.

Skuad kendalian Solskjaer menggandakan kedudukan 12 minit pada babak kedua apabila Fernandes meledak jaringan ke-21 miliknya musim ini dalam semua kejohanan selepas Daniel James gagal mengawal hantaran Rashford.

Jaringan itu pada mulanya dikatakan ofsaid sebelum melihat rakaman VAR.

United terus mendominasi Sociedad dan akhirnya Rashford sendiri menjaringkan gol pada minit ke-65 menerusi serangan balas pantas dimulakan penjaga gol Dean Henderson.

Pertembungan itu berakhir apabila James melepaskan diri dan meledak ke penjuru gawang pada penghujung saingan. - AFP

Berita Harian X