Isnin, 8 Februari 2021 | 10:17am
Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic menjaringkan dua gol ketika pasukannya menewaskan Crotone pagi tadi. - AFP
Penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic menjaringkan dua gol ketika pasukannya menewaskan Crotone pagi tadi. - AFP

Ibrahimovic lepasi catatan 500 gol

MILAN: Zlatan Ibrahimovic melepasi catatan 500 gol bersama kelab dalam kariernya dengan dua gol ketika AC Milan mengekalkan kedudukan teratas Serie A menerusi kemenangan 4-0 mengatasi Crotone.

"Sukar untuk mengelak kejutan dilakukan Ibrahimovic," kata jurulatih Milan, Stefano Pioli mengenai pemain berusia 39 tahun itu yang kini mengemudi pasukan untuk gelaran 'Scudetto' pertama sejak 2011.

Milan kembali dua mata di depan pencabar dari bandar yang sama, Inter Milan yang sebelum ini menang 2-0 berdepan Fiorentina pada Jumaat.

Juara bertahan, Juventus kini lima mata di belakang di kedudukan ketiga selepas menewaskan Roma 2-0 semalam.

Skuad dari ibu kota itu kini keempat, sama mata dengan Lazio yang menewaskan Cagliari 1-0.

Ibrahimovic membuka jaringan selepas setengah jam di San Siro selepas bergabung dengan Rafael Leao untuk jaringan ke-500 bersama sembilan kelab berbeza.

Dan pemain Sweden itu menambah jaringan ke-501 pada minit ke-64, menyempurnakan hantaran lintang Theo Hernandez untuk gol pada minit ke-83 buat Milan.

Ibrahimovic menunjukkan prestasi menakjubkan selama 22 tahun selepas penampilan sulung dalam karier profesional bersama kelab Sweden, Malmo, menjaringkan gol pertama pada Oktober 1999. - AFP

Berita Harian X