Jumaat, 15 Januari 2021 | 11:40pm
ROONEY
ROONEY

Rooney gantung but

LONDON: Wayne Rooney secara rasmi bersara sebagai pemain bola sepak untuk memegang jawatan sepenuh masa selaku pengurus Derby County.

Pengumuman itu dibuat kelab Liga Kejuaraan itu dengan bekas pemain Manchester United dan penyerang England berusia 35 tahun itu bersetuju untuk melatih secara tetap sehingga 2023 selepas menggantikan Phillip Cocu secara sementara November lalu.

Rooney akan dikenang sebagai penjaring gol sepanjang zaman Manchester United serta England dan antara pemain terbaik dalam generasinya.

Dia yang memulakan karier remaja bersama Everton, menjaringkan 313 gol di peringkat kelab dan meledak 53 gol dalam 120 penampilan bersama England sekali gus memecahkan rekod Sir Bobby Charlton. - Agensi

Berita Harian X